Home

Best Sellers

Elakkan berhutang untuk majlis kahwin. JOM ikuti 8 tips ni.

Elakkan berhutang untuk majlis kahwin. JOM ikuti 8 tips ni.

Pelaksanaan sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan sejumlah wang besar. Semua ini dilakukan demi memastikan majlis tersedia sempurna dan berlangsung dalam suasana yang meriah. Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tidak mahu menaggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tidak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting . Oleh itu pastikan bakal raja sehari bijak mengatur langkah dalam merencanakan majlis kahwin yang serba lengkap agar anda bebas daripada hutang.

A post shared by saranghaeyo (@saranghaeyotrendy) on

1. Buat bajet.

Bagi memastikan majlis yang diaturkan berjalan serba lengkap, pastikan anda membuat kiraan bajet mengikut kemampuan simpanan yang anda miliki. Kemudian bahagikan keseluruhan wang itu kepada bajet majlis kahwin dan bajet untuk kegunaan selain majlis kahwin. Kira dengan teliti agar segalanya mencukupi dan tidak melebihi had bajet anda.

2. Semak perbelanjaan

Semak setiap perbelanjaan dengan teliti agar sentiasa berada dalam kawalan. pastikan anda mendahulukan keperluan untuk setiap majlis kahwin sebelum mempertimbangkan untuk membeli barangan sampingan. Catatkan senarai segala barangan yang diperlukan agar wang yang dibelanjakan tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.

3.Buat senarai semak

Senarai semak merupakan perkara wajib ada sebelum melaksanakan majlis kahwin. Jika bajet anda terhad, senaraikan perkara yang lebih penting dahulu seperti lokasi majlis, makanan, solekan, busana dan jemputan tetamu. Kelengkapan muzik, deejay, penggambaran foto diluar dan gadis pengiring yang tidak menjadi keperluan boleh diketepikan dahulu.

4. Kejar 'jualan  murah'

Ambil kesempatan untuk mendapatkan pelbagai keperluan majlis di ekspo atau festival perkahwinan. Ini kerana harga ditawarkan di ekspo perkahwinan jauh lebih murah berbanding biasa. Selain harga murah, pengusaha atau penganjur ekspo perkahwinan ini turut menawarkan banyak hadiah menarik. Tentu sahaja cara ini menjimatkan poket.

 

5. Belanja mengikut kemampuan.

Ukurlah baju di badan sendiri. Terlebih dahulu pastikan anda ketahui bajet sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Jika bajet anda agak terhad, utamakan persiapan yang lebih penting. Ini dapat membantu menjimatkan perbenlajaan serta mengelakkan wang anda tidak mencukupi di saat-saat akhir. Tiada salah untuk memperbagaikan perkara di majlis perkahwinan, namun janganlah sehingga sanggup berhutang hanya untuk memenuhi kehendak anda itu.

6.Kira kos sebenar.

Adalah lebih baik jika anda mengetahui harga sebenar setiap barang dan kos sampingan yang perlu di bayar. Cara ini dapat memudahkan anda untuk membuat perbandingan bagi jumlah perbenlajaan setiap barangan atau perkhidmatan dengan lebih tepat.

7. Perbincangan dua pihak

Perbincangan dengan pasangan tentang perihal perkahwinan merupakan perkara yang paling penting. Semestinya segala perkara yang ingin dilaksanakan mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Berbincang secara baik jika ada perkara yang tidak mampu untuk dibiayai agar penyelesaian setiap satunya dapat diatasi bagi mengelakkan pergaduhan. Jangan disebabkan untuk memuaskan hati orang lain, anda terpaksa berbelanja besar hingga melebihi had kemampuan.

8. Buka akaun simpana bersama

Apabila sudah bergelar tunangan, anda dan pasangan boleh membuka akaun simpanan bersama sebagai langkah persediaan untuk menyempurnakan majlis perkahwinan. Tiada salahnya untuk saling membantu kerana ia merupakan fasa pertama sebelum anda berdua bergelar suami isteri. Pastikan anda berdua mempunyai sikap jujur dalam membuka akaun bersama ini. Catat juga segala simpanan agar tidak timbul masalah berbangkit di kemudian hari.

Leave a Reply